Sunday, July 29, 2007

Jac Kalahkan Mawi Untuk Menang IKON Malaysia


eish mengada betul nak mengadakan anugerah ikon2 pulak..apa cerita..apa yang nak sanjung sangat artis yang bukan semuanya boleh jadi contoh..antara yang berakhlak buruk seperti fazura dan erra..hmmh..tapi bacalah bawah nie..


PUTRAJAYA: Jaclyn Victor dan OAG berjaya dinobatkan sebagai juara IKON Malaysia, masing-masing bagi kategori solo dan berkumpulan pada pertandingan akhir acara berprestij itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Selain gelaran IKON Malaysia, mereka turut membawa pulang wang tunai sebanyak USD 2,500 (RM 8,550) serta sebuah trofi yang telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Ikon Media, Richard Voon.

Jac berjaya menewaskan penyanyi sensasi Mawi dan Dayang Nurfaizah, manakala kumpulan OAG pula berjaya mengalahkan Flop Poppy dan Def Gab C bagi kategori berkumpulan sekaligus melayakkan mereka bergelar IKON Malaysia yang buat julung-julung kali yang diadakan itu.

Dengan kemenangan tersebut, Jac dan OAG akan berentap di IKON Asean pula yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan di mana mereka akan bertemu dengan juara IKON Indonesia dan IKON Filipina bagi kategori masing-masing.

Persembahan akhir kesemua artis yang bertanding pada malam itu diadili sebanyak 70 peratus oleh tiga juri panel iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew, manakala 30 peratus lagi adalah menerusi undian SMS.


No comments: