Bagaimanapun, kedua-duanya perlu melepasi dugaan terlebih dahulu. Mereka mengambil jalan yang 'agak jauh' sebelum bertemu semula dan memahat bahagia. Semuanya bermula apabila Arni selepas meninggalkan bangku persekolahan memilih bergiat aktif dalam bidang seni di Kuala Lumpur setelah bakatnya dikesan melalui program pertandingan nyanyian, Asia Bagus.
Kenangan cinta mereka berakhir apabila Arni Nazira yang pernah popular dengan lagu Cinta Antara Benua berkahwin dengan pelakon dan penyanyi kumpulan Wings, Awie pada 1998.
Takdir menentukan perjalanan rumah tangga Awie dan Arni yang dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Aleeya Antasha, 9, dan Puteri Aleefa Antasha, 7, berakhir dengan tragedi perpisahan pada bulan Oktober 2006. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Pertemuan semula yang tidak dijangka ketika membeli-belah di Kuala Terengganu pertengahan tahun lalu, iaitu kira-kira sembilan bulan memegang status janda, menghangatkan semula kisah cinta Arni dan Hazrie.
No comments:
Post a Comment