Hannah Tan anggap tahun ini baik untuk orang yang kerja kuat. Ramai penganut agama Buddha yang meraikan perayaan melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan ini berharap semoga tahun ini lebih membawa tuah kepada mereka.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Apa kata dua artis wanita comel, penyanyi Hannah Tan dan Karen Kong mengenai kepercayaan mereka tentang tahun Tikus yang diraikan?
"Saya bukanlah seorang yang mempercayai pantang larang bagi mana-mana tahun tetapi saya percaya bahawa tahun ini akan menjadi tahun yang baik untuk setiap orang yang bekerja kuat.
"Bagi saya, sudah tentu saya inginkan segala usaha selama ini dibayar nanti!," kata Hannah, 27 yang dilahirkan pada tahun Ayam.
Tentang sambutan perayaan tersebut, gadis campuran Cina-Kelabit ini mengatakan beliau tidak terlalu sibuk meraikan TBC kerana keluarganya mempunyai hal masing-masing.
"Jadi saya pun akan melakukan kerja saya. Hari ini saya turut beraksi dalam The Breakfast Show di NTV7 secara langsung sempena TBC," ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi.
Bagi Karen Kong, 24 pula percaya tahun ini adalah tidak baik untuk sesiapa yang dilahirkan pada tahun Tikus.
Selain tahun ini, tahun Tikus telah jatuh pada tahun 1900, 1912, 1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984 dan 1996.
"Ini adalah kerana kedua-duanya saling bertembung. Dalam kalendar Cina, tahun ini dipanggil Fan Tai Sui yang bermaksud tahun Anak tikus.
"Sesiapa yang lahir dalam tahun ini tak bagus sama juga jika yang dilahirkan dalam tahun
"Tahun Tikus tak baik bagi sesiapa yang lahir dalam tahun yang sama dan tahun Arnab" (Foto The Star)
Arnab.
"Orang Buddha biasanya akan bayar duit untuk selesaikan 'pantang' tersebut.
"Bagi saya tiada masalah kerana saya sudah minta tolong dengan ibu kawan saya untuk membuatnya.
"Melihat kepada buku tilik nasib, Karen dijangka akan berbelanja besar. Jadi, saya tak dapat simpan duit tetapi selagi ada kerja dan rezeki mungkin tiada masalah.
"Bergantung kepada usaha dan kerajinan saya," beritahu anak kelahiran Labuan yang dilahirkan dalam tahun Tikus ini.
Jika Hannah meraikan TBC bersama rakyat Malaysia di NTV7, Karen yang memakai cheongsam cantik berwarna merah itu turut dijemput menjayakan program Malaysia Hari Ini di TV3.
Karen meraikan sambutan TBC di rumah barunya yang terletak di Cheras bersama dua orang kakak, seorang adik lelakinya termasuk kedua ibu bapanya. Ditanya tentang aktiviti Karen pada pagi raya, beliau akan menerima angpau daripada kedua ibu bapanya dan selepas itu berkunjung ke rumah kawan-kawan serta saudara-mara terdekat.
TBC bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan yang turut memakai kalendar qamari Cina.
Lima belas hari selepas perayaan TBC, perayaan ini ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. [source: mstar.com.my]
No comments:
Post a Comment